10 Mac 2009

Kempen "Earth Hour"

'PADAMKAN LAMPU ANDA SELAMA SELAMA 1 JAM'

Kempen Earth Hour merupakan satu kempen yang bertujuan untuk menangani isu pemanasan global. Kempen ini hanya menuntut individu yang prihatin dengan masalah pemanasan global memadamkan semua lampu milik mereka selama 1 jam pada 28 Mac 2009, bermula pada pukul 8.30 malam.

Pada tahun 2009, 62 negara termasuk Malaysia telah melibatkan diri dengan kempen Earth Hour anjuran World Wildlife Fund (WWF). Kempen ini diharap dapat menarik minat dan penglibatan pelbagai pihak dari seluruh dunia samada orang perseorangan, perniagaan, dan juga pihak kerajaan hanya untuk memadam lampu selama 1 jam dan mendapat penglibatan lebih daripada 1 juta orang daripada 1000 bandar diseluruh dunia.

Tahun 2009 merupakan tahun yang kritikal kerana kuputusan politik akan dibuat di perbincangan cuaca global Disember ini. Kempen ini dijadikan sebagai landasan bagi suara manusia bagi seluruh dunia dan mewakili mandat untuk polisi perubahan cuaca yang lebih relevan.

http://earthhour.org.my/
http://www.wwf.org.my/how_you_can_help/take_action/earth_hour/



0 ulasan:

Catat Ulasan