03 Mac 2009

Banjir Kilat

Banjir kilat sering terjadi di negara kita. Pernahkah kita semua fikir kenapa perkara selalu terjadi? kejadian terbaru yang terjadi adalah di Negeri Sembilan yang melibatkan beberapa buah kampung. Menurut berita yang disampaikan menyatakan kejadian berpunca dari pembinaan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) yang tidak mengutamakan sistem pemparitan yang sesuai. Sikap lepas tannga ini amatla dikesali kerana ia boleh mengakibatkan kesan yang besar samada terhadap strukture alam sekitar dan juga kapeda manusia.Setiap kali berlaku kejadian seperti ini mesti ramai yang akan mengalami kerugian yang besar kerana mereka akan kehilangan harta benda samada yang rosak atau hilang.

Pada pendapat saya, pihak berkuasa tempatan harus memainkan peranan mereka dalam menangani atau mengurangkan kejadian-kejadian sepeti ini dengan memantau segala kegiatan atau apa-apa projek pembangunan. Mengambil langkah dengan menyaman atau memberhentikan operasi jika pihak yang berkaitan sedar langkah-langkah yang perlu mereka ambil bagi melancarkan projek atau kerja mereka. Pembatalan lesen juga perlu bagi memberi pengajaran kepada mereka.

0 ulasan:

Catat Ulasan