13 November 2008

Penyeludupan Haiwan Eksotik

Permintaan yang tinggi terhadap haiwan-haiwan eksotik telah menyebabkan berlakunya kegiatan ini. Kebanyakkan haiwan eksotik dilindungi oleh Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 dan segala kegiatan penyeludupan adalah diharamkan terutama di Negara kita. Harga yang tinggi terhadap haiwan-haiwan ini menggalakkan lagi aktiviti penyeludupan ini.

Kes terbaru yang berlaku ialah pada bulan oktober lepas. Tahniah diucapkan kepada anggota Maritim Malaysia kerana berjaya mematahkan cubaan menyeludup haiwan tersebut. Haiwan-haiwan eksotik yang terdiri daripada 1,124 ekor biawak tikus, 17 ekor biawak air, dan 11 ekor ular sawa dianggarkan bernilai RM 500,000.

Kegiatan seperti ini boleh mengakibatkan kepada kepupusan spesis-spesis haiwan. Kepupusan sesuatu sepsis akan mengakibat ketidak-seimbangan biodiversiti bumi ini sekaligus boleh mendatangkan pelbagai masalah kepada kita.

Sumber: Utusan Malaysia, 21 Okt 08.

Leia Mais…